top of page

~Doa~

1. "Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Sempena Meraikan Majlis Perkahwinan
Kami memohon restu-Mu agar 
berkatilah majlis ini,
limpahkan berkat dan rahmatilah 
pasangan suami isteri ini,
Jadikanlah rumah tangga mereka 
bahagia dalam ketaatan terhadap-Mu,
Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang 
soleh dan solehah serta berikanlah 
kepada mereka ketenangan dan 
kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sempurnakanlah agama mereka 
dengan berkat ikatan ini.
Amin Ya Rabbal Alamin."


2. Firman Allah S.W.T.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
"Sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran Allah) 
diciptakan-Nya jodoh-jodoh untuk kamu sendiri supaya 
kamu menghayati kehidupan yang tenteram dan 
dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang, 
Sesungguhnya yang demikian menjadi pelajaran 
bagi orang-orang yang berfikir."
(Surah Al-Rum, ayat 21)


3. "Ya Allah Ya Tuhan Kami, 
Jadikanlah pasangan pengantin ini zuriat yang sempurna, 
soleh dan solehah.
Lapangkanlah rezeki pasangan ini semoga hidup 
dalam keadaan yang harmoni 
dan bahagia sepanjang hayat mereka.
Amin Ya Rabbal Alamin."


4. "Ya Allah,
Satukanlah hati kedua mempelai ini,
seperti mana Engkau satukan hati 
Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha,
dan seperti Engkau satukan hati 
Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah, 
Kami memohon doa restu-Mu,
berkatilah majlis kami ini dan semoga majlis kami ini,
berjalan dengan sempurna sepertimana yang Kau kehendaki,
Dan semoga jodoh perkahwinan berkekalan buat selama-lamanya
sehingga ke akhir hayat."


5. "...Apabila seorang hamba
telah bersuami / beristeri,
dia telah menyempurnakan separuh agamanya,
pada separuh yang lainnya hendaklah ia
bertakwa kepada Allah S.W.T..."
"...Ya Allah, berikanlah rahmat-Mu kepada pasangan 
suami isteri ini dengan kebahagiaan
sehingga ke akhir hayat..."



6. ***Sabda Nabi Muhammad S.A.W.***
"Apabila berkahwin seseorang daripada kamu, 
maka sempurnalah separuh agamanya,
maka hendaklah ia bertakwa kepada 
Allah S.W.T untuk selebihnya..."


7. Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon doa restu-Mu,
berkatilah majlis kami ini dan semoga majlis kami ini,
berjalan dengan sempurna sepertimana 
yang Kau kehendaki,
Dan semoga jodoh perkahwinan 
berkekalan buat selama-lamanya
sehingga ke akhir hayat.
-Amin Ya Rabbal Alamin-


8. "...Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk 
dijadikan alasnya,
melainkan dari sisinya untuk
dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengan untuk dilindunginya 
dan dekat dihati untuk dicintai..."


9. Beras Kunyit Kami Taburi,
Air Mawar Di renjis Wangi,
Berkembang Kasih Menabur Budi,
Undangan Kami Setulus Hati,
Harap Sudi Merai...


10. Renungan
"Dan di antara tanda-tanda
Kekuasaan Allah,
bahawa Dia Mencipta Jodoh
Untukmu dari (bangsamu)
Bersenang-senang dan Merasa
Tenteram kepadanya dan menjadikannya
Di antara kamu rasa
Kasih Sayang dan Hormat"
(Surah Al-Rum, ayat 21)


11. Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
yang bermaksud,
"Carilah rezeki dengan jalan menikah,
Seburuk-buruknya kamu ialah
yang membujang,
Barang siapa yang menikah 
bererti dia telah diberi
sebahagian ibarat."


12. Ya Allah
Ya Tuhan Kami,
Satukanlah hati kedua mempelai ini,
__________________________
dengan pasangannya
__________________________
seperti Engkau satukan,
Nabi Adam dan Hawa,
dan seperti Engkau satukan,
Nabi Yusof dan Zulaikha,
dan seperti Engkau satukan,
Nabi Muhammad S.A.W. 
dan Saiditina Khadijah.


13. Ya Allah,
Kami memohon doa restu-Mu,
berkatilah majlis ini,
limpahkanlah barakah dan rahmat
ke atas
_____________________
dengan pasangannya
____________________
jadikanlah rumah tangga mereka aman 
dan bahagia, dalam ketaatan terhadap-Mu,
kurniakanlah kepada mereka zuriat 
yang soleh dan solehah,
serta berikanlah ketenangan kepada mereka
di dunia dan akhirat,
sempurkanlah agama mereka dengan 
berkat perkahwinan ini.
Amin



14. Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku,
tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku,
satukanlah hatinya dan hatiku,
titipkanlah kemesraan antara kami agar
kebahagiaan itu kekal abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera
perkahwinan, jadikanlah kami pasangan yang 
bahagia dan berkekalan buat selama-lamanya
hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah 
kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya Engkau berkuasa stas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.


15. "Sesungguhnya apabila 
suami menatap isterinya
dan isterinya membalas pandangan 
(dengan cinta dan kasih)
Maka Allah menatap mereka dengan
pandangan kasih sayang 
dan jika suami membelai tangan isterinya,
maka dosa mereka jatuh berguguran
di sela-sela jari tangan mereka."
Diriwayatkan oleh Maisaran bin Ali
dari Abu Said Al-Khudri


16. Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Andai Kau berkenan limpahkanlah kepada kami
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih 
Andai semua itu tak layak bagi kami,
maka cukuplah permohonan kami dengan redha-Mu,
Jadikanlah kami suami isteri yang saling 
mencintai di kala dekat dan jauh,
saling menjaga kehormatan di kala jauh,
saling menghibur di kala duka,
saling mengingat di kala bahagia,
saling mendoakan dalam kebaikan dan ketakwaan,
saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan 
menjadikan perkahwinan kami ini 
sebagai ibadah kepada-Mu,
dan bukti pengikutan dan cinta kami 
kepada sunnah Rasul-Mu,
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang.
Amin Ya Rabbal Alamin.


17. Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tidak sehebat Sulaiman,
Mengapa berharap teman yang setampan Yusof,
jika kasih tidak sekuat Hajar,
dan mengapa didamba 
teman hidup yang sesempurna
Muhammad jika ada
keburukan pada diri,
bimbingkanlah dirinya dan 
terimalah kekurangan itu
sebagai keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya.
Bersyukurlah kerana dipertemukan
dengannya dan berdoalah
dia milik-Mu...

18. Beras kunyit ditaburi,
Air mawar direnjis wangi,
Kembang kasih menabur budi,
Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang menyeri,
Semoga Allah memberkati.
Terima Kasih daripada kami dan raja sehari.

​

bottom of page